Sunday, June 5, 2011

Nekbat

kuih Nekbat merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa.

Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bauhulu tetapi tawar dan lebih keras. Kemudian ia akan dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula . Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras 12 biji telur ayam 500 gm gula 5 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk.
2. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
3. Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
4.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
5. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat. * 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.

0 comments:

  © Template Recipes by Emporium Digital 2008

TOP