Wednesday, June 15, 2011

APAM BERAS

RESEPI APAM BERAS

sumber: myresipi.com @ Potret kasih

http://www.potretkasih.com

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar – tak letak
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
(sayaltk 1½ cwn gula pasir, brown sugar tak letak)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.



Saya balutkan penutup kukusan dengan tuala atau kain seperti dalam gambar, supaya air tak menitis pada apam…….



Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak terbelah sila guna api kecil semasa mengukus…. tapi … Kalau suka permukaan apam tu terbelah dan tersenyum mekar boleh gunakan api besar semasa mengukus…. terpulanglah pada citarasa masing2.

Thursday, June 9, 2011

Rojak Ayam (Keling)

.



Rojak Ayam / Keling
Bahan
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

KUAH KACANG

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan rojak ayam.

Tuesday, June 7, 2011

Nasi Minyak Terengganu

Resepi : Nasi Minyak Terengganu


Bahan-bahan Utama

Beras
1 biji bawang besar di potong mayang
3cm halia di ketuk
1/2 tin susu cair
Marjerin (bagi klasik skit)
Minyak masak
Sirap & sunquick
Air mengikut sukatan beras
2 helai daun pandanRempah kasar

2 biji butir limau
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
kulit kayu manisCara-cara membuat

Panaskan kuali, masukkan sesudu marjerin bersama minyak masak.
Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau atau biji limau jadi kekuningan.
Masukkan 1 sudu bawang yang di mesin then bawang besar yang dihiris mayang dan halia yang telah diketuk.Tumis sampai bawang tadi sedikit garing.Masukkan daun pandan.
Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masuk 1 cawan air (if korang guna cawan sebagai sukatan beras).
Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jdi color merah skit.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras tadi sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras,tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam periuk.
Masukkan sedikit garam.
Selepas nasi kering atau nak masak, masukkan sedikit sunquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
Sedia dihidang.

Kurma Daging Terengganu

Kurma Daging Terengganu

Bahan

1 kg daging boneless

1 1/2 peket rempah kurma adabi yang saiz kecil

1 sb rempah kari daging

1 sb cili kering / oncu/tukas

1 1/2 biji bawang besar*

2 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1/2 inci lengkuas*

2 sb kerisik

1 inci belacan*

3 biji bawang besar dimayang

2 sb sos tomato

5 sb susu sejat

4 biji buah pelaga

2 inci kulit kayu manis

4 biji bunga cengkih

4 kuntum bunga lawang

sedikit air asam jawa

garam, gula secukup rasa

Cara

1.Potong daging sederhana saiz dalam bentuk dadu dan bersihkan

2. Blend bahan yang bertanda * sehingga lumat.

3. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dimayang sehingga kekuningan.

4. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih dan goreng sehingga naik bau.

5. Masukkan bahan blend dan goreng sehingga naik minyak.

6. Masukkan rempah dan cili blend yang telah dijadikan paste dan goreng lagi sehingga naik minyak, Gunakan api yang sederhana kerana rempah cepat hangit

7. Masukan daging kacau hingga sebati diikuti masukkan kerisik dan masukkan sedikit saja air untuk meratakan rempah dan daging.

8. Tutup periuk dan biarkan daging direneh sehingga empuk. Kalau masih belum empuk dan airnya hampir kering, masukkan air sedikit dan masak lagi.

9. Bila dah empuk , air daging kelihatan macam naik minyak. Sesuaikan kuahnya, kalau terlalu pekat rempahnya tambah sedikit air.

10. Masukkan air asam jawa dan kacau.

11. Masukkan sos tomato dan dikuti dengan susu cair.

12. Sesuaikan masin dan manisnya.

13. Reneh dengan api yang sederhana sehingga naik minyak. Ia seolah-olah ada dua lapisan minyak dan rempah.

p/s; kalau nak lagi best gunakan bawang kecil goreng.Goreng bawang merah tadi sehingga garing dan ramaskan sehingga hancur. Then masukkan semasa mereneh daging sehingga empuk. So step 3 boleh diabaikan.

Bolehlah dihidangkan bersama nasi hujan panas , ayam masak merah, acar dan sambal belacan,

Bihun Sup

Bihun Sup

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • Bihun untuk 2 orang makan
  • 2 ketul ayam (bahagian berisi)
  • Segenggam taugeh
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daun sup dipotong halus
  • Segenggam bawang goreng 
  • Segenggam bilis yang telah digoreng
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah sup
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-cara

  1. Rendam bihun dalam bekas berisi air
  2. Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
  4. Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang
  5. Setelah itu, masukkan air secukupnya
  6. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk secukupnya.
  7. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
  8. Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh
  9. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
  10. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur taugeh & bihun
  11. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng dan bilis goreng di atasnya.
  12. Hidang dengan sambal kicap

Mee Rebus Terengganu

Mee Rebus Terengganu
Sumber: Sendiri

Bahan-Bahan:
Mee Kuning
Bawang Putih
Sawi
Bawang Besar 1 hiris
Telur 1 biji
Sebiji Lada Besar dipotong
Ayam Dipotong Dadu
Air
Lada Hitam ditumbuk

Cara:
Tumis 3 ulas bawang putih,lada hitam sehingga naik bau.Masukkan air, bawang besar,lada,sawi,ayam.Bila mendidih kecilkan api dan pecahkan telur kedalamnya.Bila sudah masak masukkan mee kuning Makan masa panas.

Cadangan Hidangan:
Hidangan utk 1 orang

Monday, June 6, 2011

Kek Gula Hangus

KEK GULA HANGUS




Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam .
5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

  © Template Recipes by Emporium Digital 2008

TOP