Sunday, June 5, 2011

LAKSA TERENGGANU KUAH PUTIH

Sebenarnya kuah laksa trg nih ade 2 jenis...
1 jenis kuah masak...
1 jenis lagi kuah putih a.k.a kuah lemak...


Bahannya
2 ekor ikan saba / 4 ekor ikan kembung ]*bersih,panggang dan tumbuk
1 potong ikan tenggiri (takde pon takpe,just nak maniskan kuahnye) ]*
2 kgn asam kpg
1/2 labu bwg besar ]tumbuk bersama ikan
2 1/2 tin santan pekat
1 tin air
belacan/kiub bilis secukupnya (hb kite tak mkn belacan so kite taruk kiub je)
garam
1 s/b lada hitam ]tumbuk

Caranya
1.Masuk semua bahan dalam periuk, masak sehingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa kacau.
2.Sekiranya pekat tambah lagi sedikit air.Rasa garam dan lemaknya.
3.Siap, hidang bersama laksa beras (darurat udon pon boleh) dan ulaman.


**Laksa beras-laksa trg


Bahan ulaman (ape yg ade dlm esbox kite ya)
Timun ]cincang halus
Taugeh ]buang ekornya


Lada kisar
Garam
Belacan

0 comments:

  © Template Recipes by Emporium Digital 2008

TOP