Sunday, June 5, 2011

Resepi Tumis Sawi (Sawi Tumis Air) Terengganu

Resepi Tumis Sawi style Terengganu

Sumber: Resepi Sendiri

Bahan-bahan

1/2 ikat sawi (sawi putih/ HK)
3 ekor ikan Selayang / Kembong
1/2 camt lada hitam yg ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar/ hiris nipis
3 ulas bawang merah ditumbuk halus
1/2 labu bawang besar dimayang
1 biji lada hidup dihiris nipis
 Sedikit Ajinomoto
1 camt garam (secukup rasa)
1 camb minyak masak (secukupnya)

Cara-cara:

  • Ikan dibersihkan dan disiang. Ambil isinya sahaja dan ditumbuk hingga lumat. Setelah lumat gentelkan  bulat-bulat seperti fish ball. 
  • Bersihkan sawi dan potong ikut kesukaan anda, 
  • Panaskan minyak di dalam periuk untuk menumis dan masukkan bawang merah, lada hitam dan bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam kuali. Tumis sehingga naik baunya.
  • Setelah naik bau, masukkan air secukupnya. Masukkan juga ikan yang digentel tadi dan masak hingga air mendidih. Masukkan juga bawang besar serta lada hidup yang telah dimayang.
  • Setelah air mendidih, masukkan sawi dan sedikit aji.
  • Tunggu sehingga sawi masak dan sedia untuk dihidang.
** Tumis sawi sedap dimakan dengan nasi putih beserta dengan ikan goreng.

1 comments:

Pengedar Shaklee Klang

Senangnya resepi ni...nak cuba lah

  © Template Recipes by Emporium Digital 2008

TOP