Tuesday, June 7, 2011

Nasi Minyak Terengganu

Resepi : Nasi Minyak Terengganu


Bahan-bahan Utama

Beras
1 biji bawang besar di potong mayang
3cm halia di ketuk
1/2 tin susu cair
Marjerin (bagi klasik skit)
Minyak masak
Sirap & sunquick
Air mengikut sukatan beras
2 helai daun pandanRempah kasar

2 biji butir limau
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
kulit kayu manisCara-cara membuat

Panaskan kuali, masukkan sesudu marjerin bersama minyak masak.
Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau atau biji limau jadi kekuningan.
Masukkan 1 sudu bawang yang di mesin then bawang besar yang dihiris mayang dan halia yang telah diketuk.Tumis sampai bawang tadi sedikit garing.Masukkan daun pandan.
Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masuk 1 cawan air (if korang guna cawan sebagai sukatan beras).
Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jdi color merah skit.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras tadi sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras,tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air.Biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam periuk.
Masukkan sedikit garam.
Selepas nasi kering atau nak masak, masukkan sedikit sunquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
Sedia dihidang.

0 comments:

  © Template Recipes by Emporium Digital 2008

TOP