Sunday, June 5, 2011

Bubur Lambuk Terengganu

Bubur Lambuk Terengganu 
Sumber: turun-termurun

Bahan-Bahan:
1 pot beras putih
3 cawan air
1 cawan santan
pucuk paku (pucuk paku paya)
sedikit daun kesum (
sedikit daun kunyit (hiris halus)
pucuk manis
2 sudu besar kerisik kelapa
garam (secukup rasa)
*pucuk paku dan pucuk manis ambil daunnya Bahan Kisar/Tumbuk:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
lada hitam (secukup rasa)
1 inci halia

Cara:
1. Rebus beras sehingga menjadi bubur (pekat).
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan kerisik serta garam, sedikit gula kemudian kacau rata.
3. Masukkan pucuk paku, daun kesum, daun kunyit dan pucuk manis.
4. Masukkan santan dan biarkan mereneh sehingga sayur-sayuran empuk dan cukup kepekatan bubur.
Cadangan Hidangan:
hidangkan bubur lambuk semasa masih panas dan bagi yang menggemari daun bawang & bawang goreng, bolehlah ditaburkan sedikit. Lada sulah juga boleh dijadikan perisa tambahan.
Tambahan:
Bagi yang menggemari bubur ayam boleh lah memasukkan potongan kiub-kiub ayam ke dalam bubur lambuk.

0 comments:

  © Template Recipes by Emporium Digital 2008

TOP