Sunday, June 5, 2011

Tepung Kapur

Tepung Kapur
Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan atau 1 cawan gula melaka
Sesudu kapur makan
Garam secukup rasa
Kelapa parut

Cara-cara

1. Masakkan manisan/ gula melaka dengan air sampai cair. Sejukkan.
2. Masukkan air manisan/ air gula melaka ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat.Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sikit air dan masukkan garam.
3. Tapiskan dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau mentega.
4. Kukus dalam masa 30 - 45 minit.
5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut citarasa.
6. Gaulkan kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi dengan kelapa parut.

0 comments:

  © Template Recipes by Emporium Digital 2008

TOP